Pages

Friday, May 25, 2012

WANITA

KEMULIAAN WANITA TERPELIHARA DENGAN MEMELIHARA AGAMA ISLAM

Memelihara agama dalam erti kata mentaati perintah Allah, mengikut sunnah nabi s.a.w dan meninggalkan larangan Allah dengan tujuan mencapai redhaNYA. 

Bilamana wanita dan lelaki sama-sama dalam mencapai tujuan ini, maka kita akan dapat melihat manusia terselamat dunia dan akhirat. 

Hari ini wanita menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu lelaki, mohon lindungi diri kamu wahai wanita dengan mentaati perintah Allah, mengikut sunnah nabi s.a.w dan meninggalkan larangan Allah. Sebagai contoh, perintah menutup aurat. Bilamana wanita menutup aurat, maka insyallah wanita akan terselamat. 

Menutup aurat mungkin boleh dimisalkan seperti seorang yang ingin makan roti, tetapi tidak jadi memakan roti itu kerana pembungkus atau pembalut roti itu telah terbuka dan mendedahkan roti itu. Pembungkus roti itu pada roti adalah seperti aurat pada wanita. Tentu sekali kita tidak akan membeli roti yang telah terbuka bungkusannya sebelum kita membelinya lagi. Begitulah aurat pada wanita, sungguh menutup aurat itu memuliakan wanita, dan meletakkan wanita di tempat yang mulia di dalam islam. 

Tetapi ada juga yang berkata, tunggu seru untuk menutup aurat. Untuk menjelaskan perkara ini kita perlu faham sesuatu. Kereta hanya berfungsi dengan elok dan baik apabila digunakan dan dijaga sesuai dengan garis panduan pembuat dan orang yang mahir mengenai kereta. Mengenai diri manusia, tiada yang lebih mahir dan terlebih pakar daripada pencipta manusia, bahkan pencipta seluruh alam ini, Allah Yang Maha Agung. Allah telah menggariskan beberapa panduan untuk keselamatan wanita, antaranya adalah dengan menutup aurat. Adakah perlu tunggu dahulu untuk ke tandas apabila sampai masanya. 

Walaupun pada mulanya kita menutup aurat kerana terpaksa dan hanya mengikut, sedarlah bahawa kita akan dibangkitkan di akhirat kelak bersama kumpulan yang kita ikuti semasa di dunia. Kalau kita mengikuti kumpulan mereka-mereka yang mentaati perintah Allah, yang mengikut sunnah nabi s.a.w, yang meninggalkan larangan Allah, maka sungguh bertuahnya kita. tetapi jika kita mengikut kumpulan yang mengagungkan harta, maka seperti qarun lah kita, jika kita mengagungkan kuasa, seperti firaun lah kita, jika kita tenggelam dengan kesibukan dunia, lalai dengan hiburan, alangkah ruginya kita atas kejahilan ini. Biasa kita dengar, apabila seseorang berkelakuan seperti sesuatu kumpulan, orang berkenaan akan digelar sebagai kumpulan tersebut. 

Biasanya apa yang kita lakukan, kita ingin tahu tujuannya. Sebab bila ada tujuan, kita akan lebih terarah. Apa tujuan belajar bersungguh-sungguh? Supaya nanti dapat keputusan yang bagus, yang nantinya dapat digunakan untuk memohon pekerjaan. Oleh itu, kita kaji pula apa tujuan menutup aurat, bagaimana yang dikatakan menutup aurat. 

Wahai saudari-saudari yang ku kasihi, kasihanilah dirimu dengan menutup aurat.

Kenapa ada juga yang menutup aurat dirogol dan sebagainya? pertamanya periksa, adakah kita telah menutup aurat dengan sempurna, tanya pendapat ahli keluarga tentang diri kita, adakah kita telah menutup aurat dengan baik. Kita tak nampak diri kita, melainkan dengan melihat cermin. Sebab itu kita bertanya pada mahram kita, adakah kita telah menutup aurat dengan baik.  Seorang manusia yang sedang dalam keadaan tekanan perasaan yang amat sangat, tidak dapat berfikir dengan waras, sehingga ada kalanya melukai dirinya sendiri. Jika dia tidak dapat berfikir untuk kesejahteraan dirinya sendiri, apatah lagi untuk orang lain. Oleh sebab lelaki sudah terangsang kerana melihat wanita yang membuka aurat, mereka yang telah dikawal oleh nafsu ini tidak dapat berfikir dengan waras sehingga mana-mana wanita pun akan digunakan untuk memuaskan nafsu syahwatnya. Oleh itu, mohon saudari-saudariku, tutuplah auratmu agar terpelihara wanita seluruhnya dari kejahatan nafsu yang tidak bermata.

Menutup aurat membezakan wanita islam dengan bukan islam. 

Ada yang mengatakan, walaupun saya tidak menutup aurat hati saya baik. Siapa yang boleh mengatakan hatinya baik, sedangkan perkara hati ini Allah lebih mengetahui. Dan DIA lah yang berkuasa membolak-balikkan hati. Sebagai contoh seorang ibu menyuruh anaknya makan ubat kerana anaknya kurang sihat. Anaknya berkata, saya sihat ibu, kenapa disuruh makan ubat. ibunya berkata, kamu kurang sihat sebab itu ibu suruh kamu makan ubat. Tanda kita seorang yang sihat, adalah dengan melakukan apa yang ada dalam kemampuan kita untuk sihat. Bukan ke menutup aurat itu adalah kebaikan, dan seorang yang baik akan melakukan sedaya upayanya untuk melakukan segala yang disuruh oleh Allah untuk menjadi baik. Kereta yang bagus tandanya adalah dengan kita selesa membawanya. Keimanan juga ada tandanya, menutup aurat juga salah satu tanda orang yang beriman. 

Ada juga yang berkata, orang menutup aurat, perangai ada juga yang tidak elok. Seperti kilang, dalam satu produksi, pasti ada kecacatan (defect) pada beberapa peratus produknya. kita tidak menganggap produk lainnya yang elok sebagai produk tidak berkualiti, yang tidak elok itu cuma sebahagian kecil sahaja. Inikan pula manusia, kan manusia berbagai ragam. Jangan disama ratakan semua yang menutup aurat itu perangai tidak elok. Bukan ke hanya segelintir sahaja orang yang bersikap begitu. Seperti seorang guru, yang mengajar anak muridnya yang masih dalam belajar. walaupun anak muridnya berbuat kesilapan, tidak terus dihukum, akan dibimbing supaya menjadi lebih bagus perbuatannya. Begitulah manusia, tidak jauh dari kekurangan, kita juga begitukan.  

Ada juga yang berkata, janganlah paksa kami menutup aurat. Bukan memaksa, tapi itulah hakikatnya panduan yang digariskan oleh Allah agar manusia terselamat seluruhnya dari tipu daya dunia dan azabNYA. Sebagai contoh, untuk mendapatkan lesen memandu, anda perlu lulus ujian undang-undang, lulus ujian amali memandu. Begitulah kehidupan ini, untuk menyelamatkan dirinya dari tipu daya dunia dan azab Allah, hendaklah manusia seluruhnya taat perintah Allah, ikut sunnah nabi s.a.w, tinggalkan laranganNYA. Ini termasuklah perintah menutup aurat.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, saya berazam untuk memaparkan 1 artikel baru setiap bulan, tunggu ye ... maaf di atas segala kekurangan ...

      Delete
    2. Assalamu'alaikum... Segala Puji bagi Allah yang Menciptakan dan mengilhamkan. Artikel yg baik. moga menjadi permulaan yg baik dan bermanfaat pada yang lainnya.. Insyaallah.
      ~ Terima kasih atas kunjungan diblog http://karyakidalku.blogspot.com/ (Mencari Jalan Pulang). Moga penulisan yang diilhamkan Allah buat hamba2Nya mampu menjadi manfaat didunia dan akhirat kelak.. Insyaallah.

      Delete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=2vrxzIOWYbU

    ReplyDelete

BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI