Semua orang mempunyai minat yang tersendiri, betul ke ... Kalau nak tau, lihat pada diri kita, apa yang kita selalu buat dan biasanya kita suka buat ...
macam mana ye nak tau kita suka buat ... Ok macam ni, bila kita buat sesuatu tu kita rasa seronok, tenang je ... Itulah tandanya kita suka melakukan sesuatu perkara itu ...
Sebagai contoh, ada yang menyukai sukan ping pong, saya salah seorang yang meminati sukan ini. Bila kita suka, kita akan beri masa untuk melakukan aktiviti berkenaan walau bagaimana letih sekali pun ... Contohnya, saya akan berlatih ping pong bermula 5.30 petang hingga 6.45 petang, sungguhpun letih kerana baru sahaja bekerja, tetapi dek kerana minat yang mendalam, maka berlatihlah saya walaupun tidak ramai yang meminati sukan ini ...
Kadang-kadang malam pun ada juga latihan ping pong, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, atas permintaan, biasanya latihan dengan pasukan atau individu lain (bukan yang training petang-petang).
Tidak kira apa pun yang kita lakukan, jika disertai dengan suka dan rajin, aktiviti akan dirasakan ringan dan mudah ...
Bila hati sudah suka, semua kerja jadi mudah saja..
Pesanan untuk diriku dan saudara-saudariku sekalian, isilah masa dengan aktiviti yang berfaedah, mudah-mudahan akan jadi sumber kebaikan buat kita ...
Malah jika kita sentiasa mempunyai masa lapang, penuhkan masa agar tidak diisi dengan kelalaian dan masa habis begitu sahaja ...
Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang) akan membunuh dirinya. - Pepatah Arab
Manusia mudah tertipu dengan nikmat masa lapang, menyedarinya apabila sibuk. Gunakanlah nikmat masa lapang, sebelum datangnya kesempitan.
Oleh itu, cari beberapa aktiviti yang menjadi minat kamu, biasakan diri dengannya, antaranya sebagai orang yang beragama islam, isi masa dengan membaca al-quran, mengetahui maknanya, membasahkan lidah dengan menyebut namaNYA, mendekatkan diri dengan ilmu (dunia dan akhirat). Cukup banyak manfaat yang diperoleh.
Sibukkan diri dengan ibadah, antaranya puasa, solat, quran, zikir, ilmu, belajar (bagi seorang pelajar), bekerja (bagi seorang pekerja). Kerja adalah ibadah, sebagai contoh, seorang wanita islam memerlukan rawatan tertentu dan khusus sehingga perlu membuka auratnya, maka ketika ini lebih utama untuk seorang doktor wanita islam untuk melakukan kerja ini. Maka, lakukanlah kerja kita dengan sebaiknya, sungguh beruntung mereka yang menjaga amanah dalam kerjanya.

No comments:
Post a Comment
BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI