Pages

Monday, July 16, 2012

BEBAS

Seronoknya kalau kita bebas berbuat apa sahaja yang kita inginkan, sebab banyak perkara sebenarnya yang kita nak buat ...


Tapi adakah kebebasan itu bermaksud kita bebas melakukan semahunya tanpa perlu dikongkong oleh apa pun jua. Kebebasan sebenarnya memerlukan panduan, kekebasan itu ada hadnya. Sepertimana mustahil untuk seseorang untuk terus makan tanpa henti selama-lamanya, sehinggakan rekod dunia sekalipun ada angkanya, ada hentinya ... 

Kita bebas untuk memilih kebaikan untuk diri. Sebagai contoh, kita boleh memilih untuk sambung belajar dalam bidang yang kita minati, atau terus melibatkan diri dalam bidang yang kita minati seperti bersukan secara professional. Tetapi kebebasan ini perlu dihadkan jika kebebasan yang diberikan menyebabkan manusia memilih kemudharatan untuk diri sendiri. Contohnya, manusia memilih untuk makan dan terus makan tanpa henti dan tidak mahu melakukan perkara lain selain makan, kebebasan seperti ini akhirnya menyebabkan lebih banyak kerosakkan daripada kebaikan.

Saudara-saudariku yang ku kasihi, bebaslah memilih dalam had yang ditetapkan oleh ALLAH. Seperti, kita diberikan kebebasan untuk menuntut ilmu, pilih cara yang terbaik untuk diri, kerana manusia diciptakan istimewa, dengan sikap dan sifat yang tersendiri. Yakinilah bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian penciptaan yang diciptakan. 

Pilih apa yang kita suka untuk lakukan kerana suka itu akan menyebabkan kita sedar akan setiap perbuatan kita sendiri. Berapa ramai hari ini manusia yang tidak sedar bila berlaku sesuatu yang buruk dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, berapa ramai manusia yang sedar mereka melakukan segala suruhan Allah dengan suka dan sedar. Manusia tidak sedar apabila mereka melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa, sehinggakan mereka tidak sedar kesilapan yang mereka telah lakukan. Berbanding dengan manusia yang memang memilih untuk membuat sesuatu dengan penuh rasa suka dan merasakan mereka sendiri yang membuat keputusan untuk melakukannya, mereka sedar akan setiap tindakan mereka.  

Yang penting adalah kita selesa dengan diri sendiri, kerana apabila kita selesa dengan diri sendiri, kita akan kelihatan selesa berhadapan dengan apa jua, sesiapa sahaja. Terimalah diri dan manusia lain seadanya. Dilengkapkan pula dengan perasaan suka dan kita yang membuat keputusan untuk diri sendiri, maka kita akan merasai nikmatnya mengikuti segala perintah Allah, meninggalkan segala laranganNYA dan mengikuti sunnah nabiNYA dalam setiap perbuatan kita. Sebagai contoh, kita yang memilih untuk bersolat berjemaah di surau kolej bersama-sama dengan pelajar, dan kita tidak pernah menyesal berbuat begitu, malah perasaan suka hadir dalam diri kerana kita dapat mengenali pelajar-pelajar kita. 

Kebebasan tanpa sempadan akan memburukkan keadaan jika tidak disertai panduan dan pedoman dari dalam diri. Contoh, pergaulan bebas menyebabkan banyak perkara buruk berlaku. Pergaulan boleh, tetapi ada panduan dan caranya. Saudara-saudariku ku yang dikasihi, ketakutan dalam diri ini apabila melihat perbuatan seperti ini yang kesannya dirasai oleh generasi kini dan generasi akan datang khasnya. Hilangnya jatidiri, sehingga begitu mudah terpenggaruh dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia. Sebagai contoh, telah diciptakan manusia itu terdiri daripada lelaki dan wanita agar lelaki dan wanita itu akan saling melengkapi antara satu sama lain. Rasional setiap tindakan kita perlu dibuat, agar kita dapat memeriksa diri.

Tangan kita ini, bukankah melekat dengan badan kita, dikawal oleh otak kita juga. Sudah sepatutnya kita mengawal diri kita daripada melakukan sesuatu yang kita sesali di kemudian hari. Apabila perasaan suka untuk melakukan kebaikan muncul dalam hati, kita mesti bersyukur dan menghargainya, kerana ia adalah satu nikmat yang besar. Kita yang bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita. Semoga perasaan suka kita dan perbuatan kita akan sentiasa dekat dengan tujuan untuk mencapai redha Allah. Redha Allah hadir dalam mentaati perintah Allah, mengikuti sunnah nabiNYA dan meninggalkan laranganNYA. 

1 comment:

  1. Bebas...
    Semua orang inginkan kebebasan tapi kadang kala tidak semestinya kebebasan membawa kebahagiaan. Oleh itu, hayati dahulu kebebasan apa yang dicari dan adakah itu yang terbaik?

    ReplyDelete

BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI