Pages

Sunday, May 20, 2012

KURSUS ASAS BLOG

BLOGGER PLATFORM

Kursus telah diadakan pada 15 Mei 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Peserta kursus terdiri daripada Guru Kaunseling Daerah Rompin, yang menceriakan lagi suasana kursus pada hari berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada juruteknik bertugas yang memastikan kelancaran kursus. Di sini ada perkongsian beberapa gambar kursus. 

Cik Maryam sedang memberikan penerangan dan cikgu-cikgu kita ini begitu tekun mendengar. Terbaik !!

Encik Alias juga telah menerangkan sesuatu kepada cikgu kita ini sambil diperhatikan oleh Encik Azmi, pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Rompin

Cikgu-cikgu kita ini memang tekun orangnya. Dan hasilnya, memang memberangsangkan, kerana di akhir kursus, cikgu-cikgu ini telah berjaya menghasilkan blog masing-masing
Tahniah, dan alhamdulillah, mudah-mudahan bermanfaat ilmu yang diajarkan :) 

Cikgu-cikgu semua memang the best. So, menuntut ilmu itu berterusan, kerana jika ingin dibandingkan ilmu kita dengan ilmu Allah, sedikit benar apa yang kita tahu ... Kita sama-sama dalam proses memperbaiki diri, segala kekurangan harap dimaafkan, semoga berjumpa lagi ...

No comments:

Post a Comment

BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI