Pages

Thursday, May 17, 2012

PENGHARGAAN

Sepatutnya kita menghargai ...

Semasa kita masih dalam Bulan Mei, iaitu bulan yang penuh dengan hari, Hari Ibu, Hari Guru. 

Sebenarnya hari-hari ini disambut untuk menghargai jasa mereka-mereka yang telah banyak menabur bakti kepada kita ... 

Dengan azam baru, apa kata kita jadikan penghargaan ini pada setiap masa ... kerana jasa dan bakti ini tidak terhad hanya pada hari tertentu, bahkan sentiasa dalam kehidupan mereka, mereka ingin untuk terus berbakti kepada manusia lainnya ... 

Oleh kerana itu, penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu-bapa saya kerana tanpa mereka, siapalah saya. 

Penghargaan juga kepada guru-guru saya, dengan didikan dan bimbingan mereka, inilah saya apa adanya.

Kepada sahabat-sahabat, yang menjadi cerminan terbaik peribadi sahabatnya, walaupun kita masing-masing masih berusaha untuk menjadi lebih baik ... 

Penghargaan juga kepada mereka-mereka yang masih berkongsi ilmu dan pengetahuan mereka, seperti mana saya memperoleh favicon, jam dan waktu solat yang ada pada blog saya ini ...

Credit to:-
http://www.battlestory.org
http://www.al-habib.info
http://ilhamcitra.blogspot.com dan http://www.e-solat.gov.my

No comments:

Post a Comment

BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI