Pages

Sunday, August 26, 2012

POVERTY MINDSET

Kadang-kadang kita sanggup memberikan kepada kawan-kawan dan orang lain lebih banyak dari kita berikan kepada adik-beradik dan keluarga sendiri


Sebagai contoh, kita membeli barang baru dan menggunakannya hanya untuk orang tertentu dan pada waktu tertentu, tetapi di waktu lain barang itu tidak dapat digunakan oleh ahli keluarga dan anak-anak kerana disimpan, sehinggalah digunakan kembali kemudiannya.  Itu pun untuk kegunaan orang lain. Kadang-kadang kita beli sesuatu yang harganya agak mahal, sehinggakan kita sayang untuk berikan kepada sesiapa pun menggunakan. Sayang, kerana barang itu tidak digunakan untuk manfaat bersama.

Sedangkan anak-anak dan keluarga sentiasa dekat dengan kita, tetapi kita tidak menyedari nikmat yang besar ini sehinggalah kita kehilangan nikmat itu. Apabila anak-anak sudah besar, dan menunjukkan perasaan tidak kasih dan tidak sayang kepada kita, kita merungut. Sedangkan kita mendapat kembali apa yang telah kita tunjukkan kepada anak-anak dan ahli keluarga kita. Ibu-bapa adalah contoh ikutan anak-anak, semasa kecil diserap segala yang ditunjukkan dengan perbuatan, percakapan, emosi, ibu-bapa mereka. Apabila besar, mereka menujukkan sikap ini. 

Kita sentiasa inginkan yang terbaik, tetapi adakah kita telah memberikan yang terbaik dalam setiap tindakan dan usaha kita. Kita ingin orang membantu kita, tetapi tidak pernah pula kita membantu ahli keluarga kita sendiri.  Contoh, berapa banyak dari pendapatan yang kita perolehi digunakan untuk kebaikan ahli keluarga. Memang benar, kita diberikan kesenangan oleh Allah, tetapi jangan dilupa bahagian untuk ahli keluarga kita yang memerlukan. Manusia berkehendak, sehinggakan dimuliakan manusia yang mempunyai kesenangan jika dengan kesenangan itu dapat dia membantu ahli keluarga sendiri khususnya dan orang lain amnya. 

Kami berlindung dengan mu YA ALLAH, dari tipu daya dan kejahatan makhluk-makhlukMU. Harta kekayaan dan kesenangan juga makhluk ALLAH. Mensyukuri apa yang kita ada, sungguh itu lebih baik untuk hati kita. Antara tanda kita mensyukuri kelebihan yang kita ada, kita berkongsi kebaikan dan kelebihan itu agar dapat dimanfaatkan oleh ahli keluarga. 

Walaupun kita hidup dalam serba kekurangan, tetapi jika dibandingkan dengan hidup saudara islam kita di negara yang sedang bergolak, keadaan kita jauh lebih senang. Sentiasa bergembira dengan kehidupan, melakukan usaha yang terbaik dalam meraih kesenangan dan kebahagian hidup mungkin itu adalah formula yang terbaik untuk kehidupan kita.

Mudah-mudahan kebaikan juga yang hadir dalam hidup kita, sehingga akhirnya nanti kita semuanya berubah menjadi manusia yang lebih baik, senang dan bahagia. 

Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, seorang mukmin itu apabila diberikan kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan redha, lalu menjadi kebaikan juga untuknya.

1 comment:

  1. Moga kita dilahirkan sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa 'berfikir'.. Insyaallah.

    ReplyDelete

BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI