Pages

Monday, October 8, 2012

MENAMBAHBAIK DIRI

Lakukanlah apa sahaja kebaikan

walau sekecil manapun ia pada pandangan manusia

namun

pastikan ia dilakukan dengan hati yang menginginkannya

untuk mendorong kita melakukan sesuatu yang terbaik

mengikut kemampuan diri

dari hati itulah

akan terhasil sesuatu yang indah

yang tidak terhurai oleh kata-kata

tidak ternilai dari segi harga


Terutamanya jika ia adalah usaha untuk memperbaiki diri, sememangnya lah kita perlu melakukan usaha terbaik dengan segala mampu diri ini. Pelaburan yang terbaik seorang manusia boleh lakukan untuk dirinya adalah pelaburan dalam perkembangan mindanya.

Jadi, apa cara yang kita ada. Antara langkah yang boleh dilakukan:

a) mempunyai matlamat yang jelas – Sebagai contoh, seorang Mat Despatch yang ingin memajukan diri.

Dia merasakan cara yang dia boleh maju adalah dengan menyambung pelajaran dalam satu bidang yang dia minat. Antara perkara dalam kehidupannya yang boleh diperbaiki adalah kerjaya, kewangan, kesihatan, perhubungan. Dia menuliskan apa sahaja aspek yang ingin diperbaiki. Kita berusaha, insyallah ada hasilnya.

b) memberi perhatian, fokus, tenaga, usaha dan doa pada apa yang diinginkan – Kita ambil contoh Mat Despatch tadi.

Dia berkata “Saya gembira mengetahui yang saya dalam proses memperoleh pekerjaan yang lebih baik kerana saya sedang mendapatkan kelayakan dan pengiktirafan dalam bidang berkenaan”

Dia menyenaraikan langkah demi langkah, perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai apa yang diinginkan dan mulakan langkah kita satu persatu. Dia menuliskan perkembangan diri dari semasa ke semasa.

Dalam setiap langkah yang berjaya dilakukan, ambil masa untuk menghargai setiap kejayaan dengan sederhana. Mensyukuri setiap nikmat yang diperoleh, mudah-mudahan menjadi sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Lakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

c) Kita perlu membenarkan dengan membayangkan yang kita sudah semakin hampir – Mat Despatch tadi sentiasa membayangkan yang dia semakin dekat dengan kerjaya yang lebih baik kerana semakin banyak langkah yang telah dilakukan untuk memperoleh pekerjaan itu.

Dia berkata “Beribu-ribu orang yang sebaya dengan saya di atas muka bumi ini yang telah memperoleh kerjaya yang lebih baik sejak daripada dulu lagi”

Memang benar, kita pun akan semakin hampir dengan apa yang diinginkan.

Sebagaimana sahabat nabi r.a yang berperang dan hampir nyawanya meninggalkan jasadnya, seakan dapat melihat dan merasa harumnya syurga dari kejauhan dek kerana itu adalah matlamat mereka. Itu adalah apa yang mereka usahakan dan inginkan.

Ayuh, mudah-mudahan kita sama-sama jadi yang terbaik dalam bidang yang diminati. Jalan untuk memajukan diri mungkin sukar, tetapi bukan mustahil. Jadilah orang yang amat hebat dalam sesuatu perkara/bidang, bukan orang yang kurang dalam semua perkara.


Agar dalam setiap bidang adanya pakar sebagai rujukan, dengan harapan pakar ini dapat membantu perkembangan agama sesuai dengan bidangnya. Sebagai contoh, pakar dalam bidang perubatan, boleh mencadangkan alternatif ubat halal yang lebih baik kerana ada beberapa ubat-ubatan yang diragui tahap kehalalannya.

Ya ALLAH, kepadaMU kami sampaikan rasa hati ini, yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami.

No comments:

Post a Comment

BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI