Akhirnya, tercapai jugak hasrat untuk buat blog. Terima kasih tidak terhingga atas segala nikmat yang diperoleh. Kalau tidak lebih dari orang pun, sekurang-kurangnya sama atau mungkin ada jugak yang kurang. Bercerita tentang nikmat yang diberi, kadang-kadang ada yang kita lebih dari orang lain. Sebagai contoh, hari ini ada antara kita yang sangat bijak dan berbakat. Sedangkan ramai juga yang merasakan dia tidak mempunyai semua itu. Kita kena berterima kasih kerana diberi nikmat itu. Kadang-kadang kita dapat sama macam orang lain. Contohnya, orang lain ada mata. Kita pun ada mata. Kita boleh melihat macam mana orang lain melihat walaupun perspektif setiap orang berbeza. Kadang-kadang ada yang kita kurang. Sebagai contoh, badan yang kurang sihat. Sebab itu kalau kita kurang sihat, kita akan merasa nikmatnya kesihatan itu. Tidak boleh dibeli.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete