Masalah dalam hidup akan sentiasa berulang …
Sehingga kita belajar suatu daripadanya …
Sebelum masalah berlaku, kita tahu cara mencegah …
Apabila masalah berlaku, kita tahu langkah mengatasi ...
Bilamana masalah memberi kesan, kita tahu langkah mengubati ...
Sebelum masalah boleh diatasi, kita perlu sedar yang memang kita ada masalah
Jika kurang kesedaran, kita akan merasakan bahawa kita memang tiada masalah.
Masalah akan terus berlaku sehingga kita sedar akan ia.
Masalah akan terus berlaku sehingga kita sedar akan ia.
Kemudian, cuba selesaikan dan lakukan langkah pencegahan supaya masalah sama kurang berulang kembali
Masalah memang sentiasa ada, sebagai jalan untuk Allah mengingatkan kita supaya kita sentiasa berhati-hati dan tidak leka dalam keseronokan.
Supaya manusia memajukan diri dan memperbaiki diri.
Supaya manusia memajukan diri dan memperbaiki diri.
Sebagai contoh, orang zaman dahulu, dengan kaedah pengangkutan yang mereka ada. Untuk sampai ke satu destinasi, memerlukan masa yang panjang. Ada yang menyedari masalah ini, sehingga hari ini wujudnya kapal terbang, kereta, keretapi dan lain-lain kenderaan.
Antara kesilapan yang berlaku/masalah yang dihadapi:
Kita mudah mempercayai orang lain – sehinggakan kita dengan begitu mudah memberikan duit kita pada orang lain. Termasuklah berjudi dan skim seakan-akan skim cepat kaya yang tidak memerlukan kita bersusah payah.
Meminjam sehingga kita berada dalam keberhutangan serius – meminjam menyebabkan kita kehilangan kebebasan kewangan, walaupun pada beberapa kes terpencil hal sebaliknya berlaku
Kurang merancang, hanya membelanjakan – bayangkan jika seseorang yang hanya tahu membelanjakan duit tetapi kurang merancang duit keluar dan tidak mengetahui duit masuk. Sampai bila orang ini boleh bertahan hidup begini …
Tertipu dengan iklan – Biasanya, semakin kerap sesuatu produk diiklankan … produk itu bukanlah antara yang termurah yang ada di pasaran. Lebih hebat ia kelihatan dan rumit ia pada pendengaran, biasanya ada produk lain yang lebih sesuai untuk anda
Masalah berulang - kerana kurang kesedaran tentang masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, manusia ada yang mempunyai perangai tertentu yang menyebabkan masalah dalam kehidupannya sendiri. Dia kurang sedar tentang masalah itu sehingga masalah itu berlaku berulang kali. Oleh kerana kurang tindakan untuk mengatasi masalah, kekallah dia dalam kitaran masalah.
Antara perkara yang boleh dilakukan:
Berhati-hati - Sentiasa periksa akaun bank anda, gunakan kata laluan yang selamat, gunakan alamat e-mail berbeza mengikut tujuan, kurangkan sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja melainkan anda benar-benar percaya, berhati-hati dengan dokumen peribadi terutamanya yang mengandungi nama anda, alamat anda, tanda tangan anda.
Berhati-hati dalam memilih kawan, siapa tahu kawan pada hari ini akan menjadi lawan satu hari nanti. Besederhana dalam membenci manusia, siapa tahu lawan akan menjadi kawan.
Berhati-hati apabila bersosial di laman sosial kerana jika anda meletakkan alamat anda dan anda memberitahu yang anda tiada di rumah. Ini seolah-olah menjemput tetamu yang tidak diundang untuk datang ke rumah.
Berhati-hati dalam memilih kawan, siapa tahu kawan pada hari ini akan menjadi lawan satu hari nanti. Besederhana dalam membenci manusia, siapa tahu lawan akan menjadi kawan.
Berhati-hati apabila bersosial di laman sosial kerana jika anda meletakkan alamat anda dan anda memberitahu yang anda tiada di rumah. Ini seolah-olah menjemput tetamu yang tidak diundang untuk datang ke rumah.
Berhati-hati dalam meminjam, elakkan jika boleh. Buat keputusan untuk meminjam hanya jika tiada alternatif lain
Merancang - perbelanjaan, dan berbelanja mengikut keperluan. Merancang masa anda, kerja anda. Lakukan tugas dengan tenang dan ambil masa untuk meneliti tugas anda sebelum anda beralih ke tugas lain.
Dekatkan - diri padaNYA, kerana masalah adalah ujian bagi manusia. Sedangkan Nabi Noh juga diuji dengan anak dan isterinya tidak beriman dengan Allah dan syariat yang dibawanya.
No comments:
Post a Comment
BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI