Pages

Thursday, July 28, 2011

CINTA

Allah menjadikan hati dan memberikannya cinta...

Kalau cinta datang kepada hati yang kotor dan kepada budi yang rendah, 

cinta akan membawa kerosakan...

Tetapi jika cinta hadir dalam hati yang suci, 

cinta akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah...

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, 

Bukan menimbulkan tangis sedu sedan. 

Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, 

Menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri kehidupan. 


Besederhanalah dalam mencintai dan membenci manusia, kerana mungkin kawan hari ini akan menjadi lawan. Lawan hari semalam, akan menjadi kawan masa hadapan. 

Dalam bercinta, amalkan kesederhanaan. Terutamanya, cinta kepada manusia. Pada pandangan saya, kalau boleh dibahagikan hati ini, bahagiannya adalah:
a. satu per empat untuk Allah (Tuhan), Rasul, Kitab, Perkara-perkara ghaib dan lain-lain perkara keimanan
b. satu per empat untuk keluarga
c. satu per empat untuk diri sendiri
d. satu per empat lagi untuk orang yang dicintai
Supaya jika terluka, hati ini masih ada lagi ruang untuk cinta yang lain

Cinta yang kekal, adalah cinta yang membawa kita lebih dekat dengan Allah ...
Berhati-hati dalam memberi cinta dan bercinta, jika kecewa kita yang terluka ...
Lebih-lebih lagi jika telah memberikan sepenuh hati untuk cinta ...
Tenang, dan berfikir dengan akal yang waras. Saat ini apa tanggungjawab yang lebih utama untuk saya lakukan ... Kalau seorang pelajar, dengan tanggungjawab belajar. Seorang pekerja, tanggungjawabnya bekerja. 

Cinta yang berasaskan emosi dan nafsu menyebabkan manusia buta dalam mengenali orang yang dicintainya, tidak dapat menilai si dia dengan tepat ...
Penilaian yang kurang menggunakan mata hati dan akal menyebabkan manusia tertipu dengan cinta ...


Berhati-hati dalam bercinta dan menagih cinta wahai saudara dan saudariku sekalian ...


Sumber: Majalah SOLUSI, Novel "Tenggelamnnya kapal Van Der Wijck" Penulis HAMKA.

No comments:

Post a Comment

BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI