Pages

Wednesday, November 26, 2014

INGATAN BUAT DIRI

Kadang-kadang apabila orang tanya pada kita tentang rukun iman, rukun islam dan rukun ihsan, adakah kita dapat menjawabnya dengan cepat dan tepat. Dicatatkan disini, agar dapat menjadi peringatan buat diri ini pertamanya dan semua yang mendapat manfaat dari tulisan ini secara amnya.

 “Apakah iman itu?”
“Iman adalah kita beriman kepada Allah s.w.t., malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, qada' dan qadar dan hari pertemuan dengan-Nya (Hari Akhirat), ”.

“Apakah Islam itu?"
“Islam adalah kita meyakini bahawa tiada tuhan melainkan Allah s.w.t. dan nabi muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat yang diwajibkan, kamu berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji”.

“Apakah ihsan itu?”
“Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan bila kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu”.

Bagaimana pula dengan Solat Sunnat Aidilfitri dan Solat Sunnat Aidiladha, adakah kita dapat melakukan dan menjelaskannya dengan baik.
Solat Sunnat ini hukumnya adalah Sunnat Muakkad.
Cara melakukannya adalah dengan melakukan solat sunnat 2 rakaat seperti biasa cuma tambahan
7 kali takbir pada rakaat pertama dan 5 kali takbir pada rakaat kedua. Setiap kali takbir diselangi tasbih ...

Dan yang tidak kurang pentingnya adalah Solat Jenazah, adakah kita dapat melakukannya?
Rukun Solat Jenazah
Mula dengan niat: Sahaja aku solat ke atas mayat (lelaki/wanita) ini (makmum/imam) 4 takbir kerana Allah Taala
Berdiri bagi orang yang mampu
Takbir 4 kali
Membaca al-Fatihah selepas takbir pertama.
Selawat ke atas nabi SAW selepas takbir kedua.
Doa bagi jenazah selepas takbir ketiga.

Memberi Salam selepas takbir keempat
  
Sunat Solat Jenazah.
Mengangkat tangan ketika takbir
Membaca Ta'awuz sebelum al-Fatihah
Semua bacaan dibaca dengan senyap
Tidak membaca doa Iftitah dan surah
Dilakukan di masjid
Sekurang-kurangnya 3 saf, lebih ramai maka lebih baik
  

1 comment:

  1. alhamdulillah entry amat baik untuk diri ini yg masih jahil. teruskan dgn karyanya insha Allah.

    ReplyDelete

BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI