Pages

Monday, August 18, 2014

KEHILANGAN FAIL KERANA VIRUS ?!

Pernahkah mengalami detik cemas pendrive / thumbdrive anda kosong sedangkan baru saja tadi kita masukkan pendrive / thumbdrive di komputer kawan ... Disini saya senaraikan cara untuk menyelesaikan masalah ini mengikut pengalaman saya ... Insyallah, ini sebahagian dari usaha kita ...

1. Bertenang ...

2. Gunakan perisian "Autorun Exterminator". Tujuannya supaya virus tidak dijalankan secara automatik ke dalam peranti boleh alih (removable devices/drives) seperti thumbdrive. Disini saya sertakan perisian (software) berkenaan yang ada dalam simpanan saya. Maaf jika software yang ada bukannya versi yang baru.

Ni linknya: https://drive.google.com/file/d/0B-KvuLytMeVOQXNLWDcxRkZvMzg/edit?usp=sharing

Ada kemungkinan bila sudah install, memerlukan Microsoft .NET Framework, disini saya sertakan link yang ada dalam simpanan saya:  

https://drive.google.com/file/d/0B-KvuLytMeVOZk1zY0J1c3VYWHM/edit?usp=sharing

Failnya agak besar 250MB, harap bersabar menanti download ...

3. Seterusnya, gunakan Malwarebytes Anti-Malware untuk mengesan mana-mana Malware (termasuk dalam kategori Malware adalah virus, trojan horses, worms dan spyware). Jika dapat dikesan, Malware ini akan dibuang. Update dahulu Software setelah di install. Maaf jika software yang ada bukannya versi yang baru.

Ni linknya: https://drive.google.com/file/d/0B-KvuLytMeVOOWJIOUNPdDB5X00/edit?usp=sharing

4. Terakhir, gunakan USBShow untuk mengembalikan fail yang telah disembunyikan oleh Malware. Cuma scan sahaja Thumbdrive itu, insyallah selepas habis scan, failnya akan ada di tempat asal.

Ni linknya: https://drive.google.com/file/d/0B-KvuLytMeVOazgwUTY1THlUT1E/edit?usp=sharing

Mudah-mudahan bermanfaat, sebarang pertanyaan boleh ditanya, tapi ya mohon maaf terlebih dahulu kalau tidak banyak membantu.

Peringatan: cara ini bukannya langkah untuk mengembalikan fail yang telah dibuang oleh pengguna ...

No comments:

Post a Comment

BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI